CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 2, 2010

Persediaan Hari Sukan...

Sejak kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan persedian hari sukan pada 3 April 2010...yayyy...

Saya mengambil bahagian dalam acara lumba lari 50 meter harap-harap dengan latihan yang telah dilakukan sebelum ini saya akan menjadi juara,saya nak bercerita pasal latihan,sejak 2 minggu lepas kami berlatih hampir setiap hari dari hari isnin hingga khamis...ermmmmmmm...agak memenatkan dan kulit saya sudah menjadi hitam...waaaaaaaaaaa...maka dengan pengorbanan yang telah saya lakukan ini (pengorbanan penat dan peluh serta hitam)esok saya akan pastikan saya menjadi juara...InsyaAllah

Yang ni paling seronok,yeayyyyyyy lagi...saya terlibat dalam persembahan tarian...saya sangat suka menari(senyum).Haaaaaa...latihan tarian ni pun dah sebulan kami berlatih,kami akan mempersembahkan tarian 1 Malaysia iaitu tarian cina(saya dan kawan2 lain yang darjah 2 terlibat),sabah dan sarawak,tarian melayu serta india.Kami mesti lakukan yang terbaik.

Selain dari itu saya mengambil bahagian dalam sukaneka,membawa bola pingpong dalam sudu dan perah air dalam botol.yang ni pun dah buat latihan banyak kali.

Okeylah...saya dah ngatuk esok nak bangun dengan bersemangatnya.Owh,esok pagi saya ada kelas taekwondo...oh,sibuknya saya esok,okeylah,nak tido ni.bye-bye good night,sebelum tido baca doa tidur.

0 comments: